Friday, October 2, 2009

Batik Kontemporari

Batik kini bukan hanya dipakai pada majlis-majlis formal sahaja, malah ekoran dari inovasi baru yang telah dilakukan, batik kini sesuai digayakan dalam semua majlis termasuklah aktiviti kasual dan pada musim perayaan . Corak kontemporarinya membolehkan batik sesuai untuk golongan muda dan bekerja, tanpa mengira usia. Bagi mereka yang melewati umur dewasa, tidak salah mencuba pakaian batik yang mempunyai ciri moden ini. Selain itu, batik selesa dipakai untuk mereka yang mencari-cari kelainan pakaian bekerja.

Negeri Kelantan sememangnya sinonim sebagai destinasi anda untuk membeli belah kain batik lukis. Namun kini anda tidak perlu lagi datang dari jauh semata-semata untuk mendapat batik lukis Kelantan ini dan hanya boleh mendapatkannya di sini dengan harga yang amat berpatutan terus dari kilang. Harga yang sederhana dan berpatutan ini membolehkan semua golongan mampu memilikinya. Bagi mereka lazim membeli kain batik ini anda tentunya akan terpesona dengan tawaran harga di sini dan masih mengekalkan kualiti batik yang baik.
Kain batik ini memang sesuai untuk dijahit sebagai baju kurung, baju kebaya serta baju-baju berfesyen yang lain. Taburan manik juga boleh menaikkan lagi seri kain batik ini dan memberikan gaya yang elegen kepada individu yang menggayakannya.Tidak terhad pada warna lazim seperti hitam, putih atau semula jadi, di sini juga turut mengetengahkan warna ceria dan muda.

No comments: